Sunday 22 December 2013

JOM ZIKIR

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..diberi kesempatan lagi..syukur diberi kekuatan menyiapkan tempahan pelanggan walaupun terpaksa bersilat berkarate dengan si cilik semata² menyiapkan tempahan mengikut citarasa pelanggan. Di samping godek² komputer design macam²..sempat belek you tube sebagai halwa telinga..and just found this catchy zikir..and Rania also loves this. Jom Zikir  by Heliza Helmi. Jom sama² zikir sebagai tambahan untuk saham akhirat. InsyaAllah..




See..done with 150 pcs of TQ tag, bubble talk for akikah event, 100 pcs of sticker and also props for photobooth but tak sempat nak snap yang photobooth props. InsyaAllah will upload yang dah siap nanti.

Figure 1 : Designia TQ tag
Figure 2 : Designia sticker
Figure 3 : Designia bubble talk for akikah
Okay..itu sahaja untuk hari ini..semalam punya cerita ni..jom zikir sekali lagi.. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..MasyaAllah bsr sungguh nikmatMu..

Thursday 19 December 2013

WALL DECORATION - ZIKIR GRAPHIC

Bismillahirrahmanirrahim..

Eh? cuti sekolah ni banyaknye invitation wedding. Pening la pulak nak bagi hadiah apa. Asyik² gelas cawan pinggan mangkuk dapur periuk belanga pisau sudu garfu..apakata jom tengok² wall decoration ni. Boleh jadi perhiasan dalam rumah pejabat office di mana² saja tempat yang boleh digantung. Sambil baca, sambil dapat pahala..2 in 1..insyaAllah..kalau berminat jangan malu call/sms/whatsapp 019-9419066 or drop your email to design_nia@yahoo.com.my

Figure 1 : Designia zikir graphic 1

Figure 2 : Designia zikir graphic 2

Figure 3 : Designia zikir graphic 3

Figure 4 : Designia zikir graphic 4

Figure 4 : Designia zikir graphic 4

Figure 5 : Designia zikir graphic 5

Figure 5 : Designia zikir graphic 5
Berminat tak?ok kat bawah ni contoh yang customer dah order, selepas dimasukkan bingkai. Gambar size 40cm x 50cm.

Figure 6 : Designia Aini & Aizuddin

Figure 6 : Designia Syazana & Yusuf

Wednesday 18 December 2013

UNEXPECTED

Salam ukhuwah.

Banyak sangat perkara yang berlaku dalam bulan ni yang unexpected. Semua perancangan Tuhan yang Maha Teliti mengatasi segala perancangan kita. MasyaAllah..

Alhamdulillah atas segala rahmatMu Allah. Sungguh cantik dan teratur. Urusan suami dimudahkan tanpa disangka²..Urusan saya juga dimudahkan. Masih lupa untuk bersyukur? Allah..jangan biarkan kami alpa. Semoga kami diberi kesempatan untuk berkhidmat kepada orang tua kami.

Alhamdulillah, Rania dah sihat. 2,3 hari lepas kepala Rania panas,tapi sebelah belakang sahaja. Kami risau yang teramat, Tuhan saja yang Maha Tahu. Terus kami bawa ke klinik KBMC (Kampung Baru Medical Centre), kata doktor, dia tak demam, dia sihat, tak ada apa²..kami pelik..keesokkannya kami bawa ke Homeopati which semua orang tau, ubat homeopati 99% contains non-drug and elok untuk kita. Kami berjumpa dengan doktor Tajuddin. Katanya "Kepala budak panas, sbb semua darah berkumpul di otak. sampai satu tahap bila panas menyebabkan sawan" Allah!kami tersentak..lain benar jawapan doktor semalam. Kami lega sebab dapat penjelasan dari Doktor Tajudin, dia bagi ubat untuk menstabilkan peredaran darah Rania. InsyaAllah Rania sihat boleh menjadi salah seorang yang memperjuangkan agama Allah.

Malam tadi Rania tak boleh tidur. Bangun 2.30 pagi nak main..Aduuh Rania, ibu kerja esok sayang! dia nampak botol air kosong,terus capai minum sampai habis..haus rupanya anak ibu. Tapi ibu tak pernah miss bagi susu tiap kali Rania bangun. Mungkin dia panas, sbb badan dia peluh2 semalam, tu yang nak minum air kosong agaknya. kesian baba beralih tidur kat bawah, bagi Rania space luas sikit untuk guling² supaya tak panas.

InsyaAllah Raia sihat² boleh jadi pejuang agama. Terhindar dari segala maksiat dan kemungkaranMu ya Allah! amiin..

Monday 16 December 2013

BABY BLANKET

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi selimut baby..ramai kawan & saudara yang pregnant sekarang ni. Apa agaknya hadiah yang sesuai ye? boleh cuba kasi baby blanket! its too cute to hug! pattern dia,comel²nya..jom jamu mata jap..harga ssangat berpatutan. Call/SMS/Whatsapp to  019-9419066.
Figure 1 : Design_nia baby blanket FL01

Figure 2 : Design_nia baby blanket FL02

Figure 3 : Design_nia baby blanket FL03

Figure 4 : Design_nia baby blanket FL04

Figure 5 : Design_nia baby blanket FL05

Figure 5 : Design_nia baby blanket FL001

Figure 6 : Design_nia baby blanket FL002

Thursday 12 December 2013

BERTEMU PENCIPTA

Assalamualaikum..

Hari Jumaat! Alhamdulillah atas nikmat hari ini. Di tengahari dapat berita mengenai panggilan Allah terhadap saudara di kampung. Innalillah..Al-Fatihah untuk arwah. Nenek ni saaaangat baik. Selalu senyum+lembut bila bercakap. Alhamdulillah beliau pergi hari jumaat. Semoga roh nya tenang. Tempatkanlah dia bersama hambaMu yang beriman ya Allah. Semoga kami semua mati dalam iman. Ampunkan dosa kami semua ya Allah. Astaghfirullah al-'Adzim..

Semua hanya pinjaman. Semoga kita dapat menjaga apa yg kita pinjam dengan baik. Jagalah anggota badan yg Engkau pinjamkan ini ya Allah agar terhindar dari maksiat dan kemungkaranMu..amin amin amin..


Monday 9 December 2013

BUBBLE TALKS

 Assalamualaikum semua!

Tweet tweet..tweet tweet..haa..hari ni saya nak bercakap-cakap guna bubble talks..musim sekarang kan? kahwin ada bubble talks. Pregnant ada bubble talks. Baby shower ada bubble talks. Convocation ada bubble talks. Birthday ada bubble talks. Setiap event ada bubble talks. Bukan apa, boleh juga kongsi kegembiraan dan juga meluahkan how happy are we on that day..right?? So, today..I want to share my bubble talks sets. Jom jamu mata =) kalau berkenan, feel free to contact me ye..very very reasonable price!



Figure 1 : Design_nia Wedding Set 1 (10 pcs)
Figure 2 : Design_nia Wedding Set 2 (10 pcs)

Figure 3 : Design_nia Wedding Set 3  (10 pcs)

Figure 4 : Design_nia Wedding Set 4 (10 pcs)

Figure 5 : Design_nia Maternity Set 1  (10 pcs)

Figure 6 : Design_nia Baby Shower Set 1 (10 pcs)

Figure 7 : Design_nia Baby Shower Set 2 (10 pcs)

Figure 8 : Design_nia Birthday Set 1 (10 pcs)

Figure 9 : Design_nia Birthday Set 2 (10 pcs)

Figure 10 : Design_nia Birthday Set 3 (10 pcs)

Figure 11 : Design_nia Birthday Set 4 (10 pcs)


There you go! jom pilih mana yang berkenan, so that your sweet day could be your memorable day ever!! Lets the bubbles talk on your sweet day..
For more info you can check this out our facebook page 0 DESIGN nia 0
https://www.facebook.com/pages/0-DESIGN-nia-0/404120299654311?ref=hl

Jangan lupa syukur untuk hari ni..Alhamdulillah..

















Sunday 8 December 2013

REZEKI ALLAH

Alhamdulillah..thumma Alhamdulillah..

Buang segala sifat sombong. Buang segala sifat hasad. Buang segala sifat buruk kita. Buang segala amarah. Buang segala dendam. Insya Allah rezeki melimpah ruah. Insya Allah rahmat Allah terus melimpah. Allahuakbar. Hidup tak lama. Syukur masih diberi peluang menikmati hari ini..semakin hari semakin hampir dengan kematian. Allah..ampunkan segala dosa²ku..

Rania hari ni mengantuk lagi time ibu nak pergi work. Masih syok tidur. Angkat dia masuk kereta pun mamai lagi..menguap..sesekali berkerut muka comelnya terkena biasan matahari. Maha Sempurna ciptaanMu Allah. Alhamdulillah. Sesampai depan rumah Cik Jah (which one of my aunties,) terus tersenyum terlompat gembira tengok bibik!! *Rania dijaga oleh bibik C.jah sepanjang saya bekerja 8-5pm. Rindu sungguh Rania+bibik..dua2 tersenyum gembira, ye la seminggu tak jumpa, Tuhan masih memberi keizinan untuk mereka bertemu. Rania sangat rapat dengan anak²  C.jah (Wafiq-ammu fiq, Wafa-Cik fa, and Waez-ammu iz) Ammu Fiq, Cik fa, and Ammu Iz adalah panggilan Rania untuk mereka. Selalunya kalau time cuti sekolah, bila Rania sampai, Wafa masih lagi lena di katil. Hari ni,rindu punya pasal, Rania baru keluar kereta, voooommm..meluru Cikfa dia keluar..Rania apalagi..terus hulur tangan tersengih²..Subhanallah..terima kasih atas rahmat kasihMu..

I just got berita gembira dari baba. Alhamdulillah atas semua percaturanMu ya Allah. Semoga kami terus mengingatiMu. Allah Allah Allah..!

Thursday 5 December 2013

HOUSEHUSBAND

Alhamdulillah..masih lagi sempat bertemu penghulu segala hari.

Hari ni insyaAllah hari last baba jaga Rania. Next week bibik Rania dah balik dari bercuti =) Rania seolah2 memahami ibu tinggalkan dia pergi work and duduk dengan baba tanpa banyak karenah walau kadang-kadang ada jugak merengek nak ikut ibu, tapi baba pandai pujuk. Tahniah baba! berjaya jadi househusband untuk seminggu.

Selama seminggu jugak baba bertahan melayan segala karenah Rania. Mandikan, bagi makan, bagi susu, tidurkan,tukar lampin, bermain bersama sampai ibu pulang. Nampak letih disitu, tapi bila ibu pulang, baba and Rania sama-sama excited cerita apa yang diorang buat sepanjang hari, hilang segala penat-lelah seharian. Alhamdulillah!

Minggu depan pulak baba ada ujian penting. Hopefully everything goes smooth.
Syukur syukur syukur atas kurniaan rahmat dan nikmat dariNya untuk kami sekeluarga. Mengizinkan saya menggunakan sedikit kudrat untuk menjadi seorang ibu yg bekerjaya. Melindungi Rania dari segala musibah. Memudahkan urusan suami saat kami sekeluarga menghadapi kesukaran. Allah! Maha besar kasih sayangMu. Allah..semoga kami sekeluarga selalu selalu dan selalu mengingatiMu tika susah dan senang..insyaAllah..




Wednesday 4 December 2013

BLOG PERTAMA

Assalamualaikum..

Ini blog pertama saya. Masih sangat² baru dalam dunia blog. Mohon tunjuk ajar segala kekurangan.