Wednesday 15 January 2014

EH! POHON SAYA KE NI?

Bismillahirrahmanirrahim..

Al-kisah bermula di suatu malam..malam yang hening~ hening ke??yes of course! malam maulidur rasul..maka berkunjunglah kami bertiga ke surau berdekatan rumah. Dengan tujuan untuk bersolat di rumah Allah, berselawat bersama serta menyuntik barang sedikit kemeriahan berselawat bersama kepada khalifah kecil kami. Selama ni ibu ngan baba je duk memperdengarkan selawat dengan suara serak² basah, garau, halus, high tone, low tone, macam² suara lagi mengikut kemampuan...pitching lari tak ape, janji sebutan betul..hihii..

Naaah..hari  ni, dengarlah anakku betapa meremang bulu roma ibu mengalunkan selawat memuji junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W..maka Rania pun turut serta bersuara..mengalunkan selawat juga barangkali. Selesai selawat, sedikit tazkirah untuk mengisi malam tersebut. Sayangnya ibu sempat dengar sekejap and not really masuk ke dalam rohaniku..ooh! Maaf tak dapat nak berkongsi isi tazkirah tersebut. Tapi walaupun tak dapat input, saya bersyukur sebab saya dapat berkongsi sedikit kata² mungkin. Kata² yang tertera di screen tv surau. Kata² lebih kurang begini :

"Duit yang ada pada kita sebenarnya bukan hak kita. Duit yang kita sedekah tu la sebenarnya hak kita" (ustaz yang biasa masuk tv-maaf tak ingat nama)
Maklumlah, tangan terkejar Rania, mata terpandang skrin. Tu je yang saya dapat bawa balik selepas ke surau semalam, tapi cukup memberi kesan. Mungkin reminder lagi untuk saya, sebab baba pun dah pernah tazkirah pasal ni. InsyaAllah will always remember. Maka saya pun dapat idea untuk melakar sedikit gambaran mengenai duit - duit..di mana kau duit..  perbelanjaan harian.
waah! cukup bulan..pohon saya memang sangat merimbun!


Tapi dekat nak hujung bulan pohon kita akan jadi macam ni kan?? 
Normal la kalau hujung bulan macam ni..tunggu gaji,tunggu bonus..tapi our sedekah still running kan??
Duit yang beribu tu, rezeki tukang masak la, pakcik jual sayur la, tokey Giant, makcik goreng pisang, si penjual online, saya la tue dan lain²..Then, inilah jadi kepada pohon kita if we keep sedekah..ni la hak kita sebenarnya..
Alhamdulillah..jangan risau fakir di dunia. Walau susah macamana pun, Tuhan tetap bagi kita menjamah sesuap makanan kan?kan? Walau nampak fakir di mata kasar, pokok kita semua subur sebenarnya. Jangan risau. Allah maha mengetahui segala perilaku hambaNya.. Astaghfirullahal 'Adzim.. Keep tawakal on Allah!!

So, marilah menabung dengan bersedekah.. biar celeng kito penuh blako deh! Reminder untuk saya juge~

Thursday 9 January 2014

PELANGI ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Kisah yang boleh dijadikan pedoman buat kita semua. Semalam selepas pulang kerja, baba sempat bercerita mengenai seorang sahabatnya yang merupakan imam surau berdekatan rumah kami. Imam tu baru berusia 33 tahun. Mempunyai sebuah madrasah di Sungai Buloh dan juga imam rasmi di surau As-Sohabah, Kota Damansara. Madrasah kepunyaannya tidak semewah dan seteratur madrasah lain.

Dalam pada dia diamanahkan untuk tugasan imam, dia juga sibuk mengendalikan madrasahnya. Namun ada juga orang masjid yang tidak berpuashati dengan pengisian masa beliau.

Orang masjid : "Ustaz, awak dah jadi imam kat sini, tugas awak duduk di pejabat sini, bukannya ke sana ke mari."
Ustaz : "tak bolehla..saya tak biasa. nanti siapa yang nak uruskan anak-anak di madrasah."
Orang masjid : "tak boleh. duduk je la kat pejabat tu"
Ustaz : "saya dah cuba dulu. sebulan. tak boleh. saya bukan reti duduk diam dalam pejabat. saya tak tau nak buat apa. lebih baik saya isi masa saya dengan madrasah tu. saya tetap imam kan solat di sini"
Orang masjid : "kalau macam tu, ustaz pilih la sama ada surau ni ke madrasah sana"
Ustaz : "saya nak dua-dua..dua-dua untuk jalan Allah. Tak  boleh ke? kalau awak nak potong gaji saya tak pe la, saya yakin dengan rezeki Allah."
Orang masjid : diam.

Maka ustaz tu pun meneruskan rutinnya mengimamkan solat di samping menguruskan madrasahnya. Dengan kudrat yang entah dari mana kekuatannya semestinya dari Allah S.W.T dan hasil sumbangan orang ramai, dia mampu  menguruskan madrasah seadanya. Suatu hari..

Seorang hamba Allah yang sedikit berkemampuan datang solat di madrasah sana. Di samping menunaikan kewajipannya, dia juga sempat meneroka dan memerhati perkembangan madrasah tersebut. Lalu hamba Allah yang berkemampuan dan baikhati itu menyumbangkan sejumlah wang untuk membantu upgrade keadaan madrasah. Dia jugakla yang tolong A-Z, dari plan, kontraktor dan sebagainya. MasyaAllah mulia hati hamba Allah itu. Sekarang madrasah itu sedang dalam proses pembinaan. Lebih kurang 3 bulan proses pembinaan itu yang juga hampir siap. Semoga pelajar lebih bersemangat dengan tempat baru mereka. MasyaAllah..pertolongan Allah Maha Hebat. Maaf gambar tak ada. Mungkin lepas siap pembinaan, jika diizinkan Allah, dapatla saya berkongsi rupa baru madrasah itu.

Datang lagi hamba Allah yang mulia hati menyumbangkan sejumlah wang lagi sebagai tambahan untuk makan minum pelajar di sana. Allah! nikmat demi nikmat yang Engkau hantarkan kepada hamba Allah yang membantu pada jalanMu. Semoga madrasah itu terus dilimpahi rahmat dan berkatMu. Amin ya Allah.

Figure 1: Surah Al-Lail: ayat 5-7

Allahuakbar..janji Allah itu pasti. Allah sudah berjanji akan membantu hambaNya yang membantu pada jalanNya. Dengan tak semena-mena Allah hantarkan hambaNya yang berkemampuan terbuka hati untuk menaik taraf keadaan madrasah itu, Allah bawakan lagi hambaNya ke madrasah itu untuk memberikan sedikit tambahan selera sebagai kekuatan pelajar tahfiz itu mengingati qalamNya. Allah memberikan kekuatan dan kecekalan kepada seorang hambaNya untuk terus membangunkan madrasah itu. Alhamdulillah. Itulah janji Allah. Dia beri kita sedikit susah hujan sebab Dia nak bagi kita pelangi. 

Semoga kita sama-sama diberi peluang dan kekuatan untuk terus dapat berkhidmat ke jalan Allah.
Figure 2: Surah Al-Anbiya': ayat 87 (Doa Nabi yunus)









Monday 6 January 2014

TAHUN BARU.AZAM BARU.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..sampai lagi kita untuk berjumpa dengan tahun baru. Bermakna semakin dekat kita untuk bertemu Pencipta. InsyaAllah kita diberi pengakhiran yang baik.amin ya Allah..

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Allah tak pernah membebankan hambaNya. Terima kasih atas segala rahmatMu ya Allah kerana tak pernah tinggalkan kami sendirian. Tahun baru ni ibu berazam untuk memberikan Rania didikan rohani dan jasmani dengan lebih teliti, nak cuba terapkan segala yang positif sebaik mungkin. Moga dipermudahkan insyaAllah.

Kehendak manusia tak pernah habis. Fokuskan kepada keperluan. Kawal nafsu untuk kehendak. Moga diberi kekuatan dalam meyediakan keperluan untuk mendidik anak untuk menjadi hamba yang soleh, yang cintakan Allah & Rasul. 

Alhamdulillah setakat ni, Rania menunjukkan perkembangan positif. Jika diizinkan Allah, ibu akan tambah lagi pembelajaran kita ye. Segala yang baik itu datang dari Allah, Rania dah faham bila kita sebut "Allahuakbar" terus sujud tak kira dimana tempat dia berada. Bila nampak sejadah terlipat, sibuk dia nak buka dan bentangkan, untuk bersujud. Bila baba buka sejadah nak solat, cepat-cepat dia merangkak ke sejadah dan sujud. Baba selalunya akan bentangkan dua sejadah. satu untuk baba, satu untuk Rania. Bila baba bawa Rania ke masjid, dia seronok. merangkak dari saf ke saf untuk sujud. selesai sujud satu saf. dia ke saf seterusnya dan sujud lagi. Semoga apa yang dihajatkan dan didoakan oleh anak kecil dalam pelatnya diaminkan para malaikat. Semoga terus sujud sehingga hujung nyawanya. Allah..maha sempurna ciptaan Mu. Kanak-kanak yang sangat bersih dan suci.

Figure 1: Ok, baba sila cari sejadah lain ye.

Bila nak masuk tandas, ibu tadahkan tangan dia diam dan dengar. Ibu sebut amin, cepat-cepat dia aminkan, sambil kaki tak sabar nak melangkah masuk tandas nak main air. Bila keluar tandas, ibu tadahkan tangan, dia senyum-senyum tanda faham dan sedia untuk berdoa dan mengaminkan. Bila nak tidur, baca doa lagi. Bila bangun tidur dia susah sikit nak baca doa sebab mamai. Tapi tak apa, kita berlatih lagi ye cantik! Bila naik kereta, selalunya separuh je doa sempat dia tadah sebab tak sabar nak lompat-lompat tengok dunia luar. Tak apa, perlahan-lahan ye kita biasakan.

Bila ibu sebut, "ELEPHANT! where is your elephant? Hello Elephant!" cepat-cepat matanya cari elephant. "hello Panda! where are you?" cepat-cepat dia cari. Ibu susun hyppo, crocodile, frog. "Rania, show ibu which one is frog" Ok, dia pandang kosong, ayat ibu terlalu panjang untuk dia hadam. Ibu tukar, "Rania, mana frog?" tangan terus ambil frog. Kadang ibu biar bersepah and tanya "Rania, take your crocodile, hello crocodile" matanya melilau cari. korek-korek toy box yang tak berapa nak dalam sampai jumpa crocodile. Ibu tanya "mana cat nia? go and find your cat"...totet totet totet dia merangkak ambil buku kecilnya, belek-belek sampai jumpa cat. MasyaAllah sungguh cepat pembelajaran anak kecil yang putih bersih. Si ibu takut kucing, geli...hihihii.. but Rania loves animals! 


Figure 2: Panda ni yang dia berkenan kat Ikea dan tak nak lepas.
Figure 3: Finding cat and lion..roaarr!
Next, kenal anggota tubuh. "Rania, nose!" "mana nose Rania?" Ok, ni la rupa dia kalau nak tunjuk nose.

Figure 4: Nose nia
"Tounge" Jelir lidah. "Lips" pap pap pap ketap bibir. "eyes" sama reaksi macam nose. Tapi ibu ajar nak tunjuk eyes, mata kelip-kelip tapi dia angkat hidung, mata jadi sepet, konon reaksi macam tu pun jadilah nak tunjuk eyes, sebab tak reti nak kelip-kelip. Its Ok, as long as you kenal and faham apa yang ibu ajar. "hair" tarik rambut ibu. Ayoyo..botak la ibu camni..kalau hari-hari tanya hair.

Alhamdulillah..Allah beri kekuatan untuk mendidik khalifah kecil ini. Semoga terus kuat dan tabah dalam melalui segala duri yang diberiNya demi mendapatkan ladang bunga yang cantik! amin ya Allah..