Thursday 6 February 2014

YA RASUL.. "Engkau Insan Sempurna"


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Hari Jumaat yang penuh barakah..MasyaAllah..jom perbanyakkan selawat..mudah²an kita mendapat syafaatnya..saya suka dengar lagu ni "Engkau Insan Sempurna" by Hijjaz.. lirik yg saya highlight memang kena dengan diri saya..bibir kata cinta tapi diri selalu lupa untuk berselawat..Allahu..semoga lagu ni dapat beri ketenangan buat kita juga semangat untuk kita terus berselawat..insyaAllah..



ENGKAU INSAN SEMPURNA

Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga 
Menerangi jalan (ke) Syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta


Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku

Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela


Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang
Insan sempurna berjasa 
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa