Wednesday 27 April 2016

TUKANG JAHIT DIPERLUKAN

Sejak berpindah ke kampung halaman, terfikir untuk buat bisnes kecil-kecilan, tapi bermanfaat untuk orang ramai. Fikir punya fikir, kenapa tidak telekung??? hmm..satu idea menarik.

Dari situ mula membuat beberapa research pasal telekung. Idea rekaan telekung datang mencurah-curah, nasib baik tidur malam nyenyak tanpa igauan telekung.hihi... Tambah lagi bila si suami berjaya menyewa satu lot kedai dengan harga yg berpatutan dan lokasi yang strategik. Semangat semakin berkobar-kobar.

Bila rekaan dah finalized, ada 1 masalah timbul iaitu untuk mencari tukang jahit telekung kanak-kanak dan dewasa secara pukal. Rata-rata meletakkan harga yang agak tinggi walaupun untuk rekaan yang ringkas dan ada juga yang sudah menutup tempahan kerana kita semakin menghampiri Ramadhan & Syawal yg bakal dirai.

Dengan itu, saya amat berbesar hati kepada sesiapa yang mempunyai kenalan tukang jahit terutama yang baru belajar atau diri sendiri yang mempunyai kemahiran menjahit, dan sanggup menrima tempahan secara pukal, bolehlah menghubungi saya. Disamping saya juga dapat membantu tukang jahit baru untuk menjana pendapatan.

SMS/WA:
ARIFAH 019.941.9066

Monday 11 April 2016

TELEKUNG TRAVEL SERIES

Assalamualaikum..

Hari cuti umum @ hujung minggu, hari yang semua orang tunggu untuk beli barang keperluan dan sebagainya. Bila dah keluar tu, alang-alang selesaikan semua urusan terus..yang setelkan semua urusan tu la ambik masa lama..nak bawak telekung,gemuk beg la, lenguh bahu la..macam-macam lagi alasan..sudahnya tinggal telekung kat rumah. 

Maka bila tiba time solat, bermula la situasi "aiseh..tak bawak telekung pulak" padahal waktu solat dah masuk..nak guna telekung wakaf surau@masjid 4,5 kali pikir nak guna...tu pun sarung laju-laju, solat laju-laju sebab tak tahan bau..hehe.. tu tak termasuk dengan ada kesan-kesan make up la, darah nyamuk, tahi lalat..aishhh..hilang mood betul..

Oleh itu bermula episod "kalau lah ada telekung yg compact boleh dibawa ke sana sini kan best". Jadi hari ni, kita nak memperkenalkan telekung travel yang best bersama warna-warna pastel yang lembut. Jom scroll tengok yang mana berkenan. Yang suka travel tu, memang patut ada la telekung travel best ni. Telekung ni best sebab dia tak menggerbang macam telekung travel kebanyakan yang bila solat berdekatan kipas tu, mula la telekung tu terbang tinggi menggerbang seluasnya..hihihi..

Telekung Travel Sofia adalah dari Chinese Cotton dan mempunyai 6 pilihan warna menarik iaitu baby pink, mellow yellow, white, ocean, mint and peach

Harga insyaAllah mampu milik. Hanya serendah RM 65 sahaja..

Length top: 110cm
Length bottom: 130cm

To purchase direct PM/WA 019.941.9066

Variasi warna Telekung Travel Sofia


Mint - RM 65

Ocean - RM 65

Peach - RM 65

Baby Pink - RM 65

White with blue embroidery - RM 65

Mellow yellow - RM 65

Monday 4 April 2016

TELEKUNG COTTON DEWASA

Assalamualaikum..

Semalam cerita telekung kanak-kanak. Hari ni kita update telekung dewasa pulak.. Telekung Basic Series (MARYAM). Telekung Maryam ni sangat menarik dengan rekaan yang ringkas dan pilihan warna yang lembut.

Telekung Maryam diperbuat daripada kain kapas yang sejuk atau cooling cotton dengan tekstur kain yang ringan. Tiada RENDA, hanya sedikit sulaman untuk menampakkan ia RINGKAS tetapi EKSLUSIF. Seperti yang kita semua suka!!

Material yang sangat selesa, sesuatu yang boleh memudahkan anda fokus semasa solat. tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat. Hanya sederhana !!

Telekung Maryam sesuai untuk kegunaan sendiri, sebagai hadiah, hantaran perkahwinan ataupun wakaf. Untuk wakaf, kita akan agihkan ke masjid atau tempat solat di Mall atau rumah anak yatim.

Koleksi warna Telekung Maryam

Dusty Purple RM 165 - SOLD OUT -

White RM 165

Off White RM 165

Lavender RM 165

Egg Plant RM 165

Brown RM 165
Bersama semarakkan kedatangan RAMADHAN kali ini bersama TELEKUNG MARYAM

Details WA 019.9419066



Sunday 3 April 2016

TELEKUNG KANAK-KANAK

" RAIKAN KEDATANGAN RAMADHAN KALI INI BERSAMA TELEKUNG AJRAA "


Telekung Ajraa Basic Kids

Assalamualakum.. hai kawan-kawan..

Berminat nak hadiahkan puteri tersayang..TELEKUNG??
haa..jom dapatkan TELEKUNG AJRAA BASIC KIDS untuk dihadiahkan buat puteri tersayang. Sekarang si kecil comel dah boleh ikut mommy berjemaah. Tak lama lagi Ramadhan akan tiba, boleh ajak anak-anak terawih sama..seronoknyaa!!

Beli Telekung Ajraa Basic dapat beg bunjut comel, tak de la telekung si comel tu bersepah-sepah sana sini atau bergulung dalam sejadah..hihii..siap boleh bawak pergi sekolah sebab dah ada beg istimewa.

Nak lagi best, mommy boleh tambah sulam nama anak-anak dengan harga RM 6 je!! Wow..si comel mesti teruja dapat telekung siap ada sulam nama sendiri, dah tak tertukar kalau bawa ke sekolah. Mommy pon tak payah susah-susah nak jahit manual nama anak. Menarikkan ??

Saiz untuk Telekung Ajraa

Contoh Telekung Ajraa yang dah siap sulam nama si comel (Pink)


Harga insyaAllah mampu milik.

TELEKUNG AJRAA BASIC KIDS :

- Mempunyai bag mudah untuk disimpan
- Mudah untuk dibawa ke sekolah
- Material 100% cotton
- Selesa dan tidak panas
- Rekaan yang ringkas dan kemas
- Bahagian muka lekap
- Tak perlu pakai inner

SAIZ & HARGA:

S   : 1-3Y     RM 49
M  : 4-6Y     RM 59
L   : 7-9Y     RM 69
XL: 10-12Y   RM 75

WARNA:
- Pink
- Putih

POSTAGE:
+ RM 8 (Semenanjung)
+ RM 12 (Sabah/Sarawak)

Untuk order boleh direct WA/SMS 019-941 9066
Boleh juga like page 0 DESIGN nia 0 untuk update terbaru