Wednesday 18 December 2013

UNEXPECTED

Salam ukhuwah.

Banyak sangat perkara yang berlaku dalam bulan ni yang unexpected. Semua perancangan Tuhan yang Maha Teliti mengatasi segala perancangan kita. MasyaAllah..

Alhamdulillah atas segala rahmatMu Allah. Sungguh cantik dan teratur. Urusan suami dimudahkan tanpa disangka²..Urusan saya juga dimudahkan. Masih lupa untuk bersyukur? Allah..jangan biarkan kami alpa. Semoga kami diberi kesempatan untuk berkhidmat kepada orang tua kami.

Alhamdulillah, Rania dah sihat. 2,3 hari lepas kepala Rania panas,tapi sebelah belakang sahaja. Kami risau yang teramat, Tuhan saja yang Maha Tahu. Terus kami bawa ke klinik KBMC (Kampung Baru Medical Centre), kata doktor, dia tak demam, dia sihat, tak ada apa²..kami pelik..keesokkannya kami bawa ke Homeopati which semua orang tau, ubat homeopati 99% contains non-drug and elok untuk kita. Kami berjumpa dengan doktor Tajuddin. Katanya "Kepala budak panas, sbb semua darah berkumpul di otak. sampai satu tahap bila panas menyebabkan sawan" Allah!kami tersentak..lain benar jawapan doktor semalam. Kami lega sebab dapat penjelasan dari Doktor Tajudin, dia bagi ubat untuk menstabilkan peredaran darah Rania. InsyaAllah Rania sihat boleh menjadi salah seorang yang memperjuangkan agama Allah.

Malam tadi Rania tak boleh tidur. Bangun 2.30 pagi nak main..Aduuh Rania, ibu kerja esok sayang! dia nampak botol air kosong,terus capai minum sampai habis..haus rupanya anak ibu. Tapi ibu tak pernah miss bagi susu tiap kali Rania bangun. Mungkin dia panas, sbb badan dia peluh2 semalam, tu yang nak minum air kosong agaknya. kesian baba beralih tidur kat bawah, bagi Rania space luas sikit untuk guling² supaya tak panas.

InsyaAllah Raia sihat² boleh jadi pejuang agama. Terhindar dari segala maksiat dan kemungkaranMu ya Allah! amiin..

No comments:

Post a Comment