Wednesday 27 April 2016

TUKANG JAHIT DIPERLUKAN

Sejak berpindah ke kampung halaman, terfikir untuk buat bisnes kecil-kecilan, tapi bermanfaat untuk orang ramai. Fikir punya fikir, kenapa tidak telekung??? hmm..satu idea menarik.

Dari situ mula membuat beberapa research pasal telekung. Idea rekaan telekung datang mencurah-curah, nasib baik tidur malam nyenyak tanpa igauan telekung.hihi... Tambah lagi bila si suami berjaya menyewa satu lot kedai dengan harga yg berpatutan dan lokasi yang strategik. Semangat semakin berkobar-kobar.

Bila rekaan dah finalized, ada 1 masalah timbul iaitu untuk mencari tukang jahit telekung kanak-kanak dan dewasa secara pukal. Rata-rata meletakkan harga yang agak tinggi walaupun untuk rekaan yang ringkas dan ada juga yang sudah menutup tempahan kerana kita semakin menghampiri Ramadhan & Syawal yg bakal dirai.

Dengan itu, saya amat berbesar hati kepada sesiapa yang mempunyai kenalan tukang jahit terutama yang baru belajar atau diri sendiri yang mempunyai kemahiran menjahit, dan sanggup menrima tempahan secara pukal, bolehlah menghubungi saya. Disamping saya juga dapat membantu tukang jahit baru untuk menjana pendapatan.

SMS/WA:
ARIFAH 019.941.9066

No comments:

Post a Comment