Thursday 9 January 2014

PELANGI ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Kisah yang boleh dijadikan pedoman buat kita semua. Semalam selepas pulang kerja, baba sempat bercerita mengenai seorang sahabatnya yang merupakan imam surau berdekatan rumah kami. Imam tu baru berusia 33 tahun. Mempunyai sebuah madrasah di Sungai Buloh dan juga imam rasmi di surau As-Sohabah, Kota Damansara. Madrasah kepunyaannya tidak semewah dan seteratur madrasah lain.

Dalam pada dia diamanahkan untuk tugasan imam, dia juga sibuk mengendalikan madrasahnya. Namun ada juga orang masjid yang tidak berpuashati dengan pengisian masa beliau.

Orang masjid : "Ustaz, awak dah jadi imam kat sini, tugas awak duduk di pejabat sini, bukannya ke sana ke mari."
Ustaz : "tak bolehla..saya tak biasa. nanti siapa yang nak uruskan anak-anak di madrasah."
Orang masjid : "tak boleh. duduk je la kat pejabat tu"
Ustaz : "saya dah cuba dulu. sebulan. tak boleh. saya bukan reti duduk diam dalam pejabat. saya tak tau nak buat apa. lebih baik saya isi masa saya dengan madrasah tu. saya tetap imam kan solat di sini"
Orang masjid : "kalau macam tu, ustaz pilih la sama ada surau ni ke madrasah sana"
Ustaz : "saya nak dua-dua..dua-dua untuk jalan Allah. Tak  boleh ke? kalau awak nak potong gaji saya tak pe la, saya yakin dengan rezeki Allah."
Orang masjid : diam.

Maka ustaz tu pun meneruskan rutinnya mengimamkan solat di samping menguruskan madrasahnya. Dengan kudrat yang entah dari mana kekuatannya semestinya dari Allah S.W.T dan hasil sumbangan orang ramai, dia mampu  menguruskan madrasah seadanya. Suatu hari..

Seorang hamba Allah yang sedikit berkemampuan datang solat di madrasah sana. Di samping menunaikan kewajipannya, dia juga sempat meneroka dan memerhati perkembangan madrasah tersebut. Lalu hamba Allah yang berkemampuan dan baikhati itu menyumbangkan sejumlah wang untuk membantu upgrade keadaan madrasah. Dia jugakla yang tolong A-Z, dari plan, kontraktor dan sebagainya. MasyaAllah mulia hati hamba Allah itu. Sekarang madrasah itu sedang dalam proses pembinaan. Lebih kurang 3 bulan proses pembinaan itu yang juga hampir siap. Semoga pelajar lebih bersemangat dengan tempat baru mereka. MasyaAllah..pertolongan Allah Maha Hebat. Maaf gambar tak ada. Mungkin lepas siap pembinaan, jika diizinkan Allah, dapatla saya berkongsi rupa baru madrasah itu.

Datang lagi hamba Allah yang mulia hati menyumbangkan sejumlah wang lagi sebagai tambahan untuk makan minum pelajar di sana. Allah! nikmat demi nikmat yang Engkau hantarkan kepada hamba Allah yang membantu pada jalanMu. Semoga madrasah itu terus dilimpahi rahmat dan berkatMu. Amin ya Allah.

Figure 1: Surah Al-Lail: ayat 5-7

Allahuakbar..janji Allah itu pasti. Allah sudah berjanji akan membantu hambaNya yang membantu pada jalanNya. Dengan tak semena-mena Allah hantarkan hambaNya yang berkemampuan terbuka hati untuk menaik taraf keadaan madrasah itu, Allah bawakan lagi hambaNya ke madrasah itu untuk memberikan sedikit tambahan selera sebagai kekuatan pelajar tahfiz itu mengingati qalamNya. Allah memberikan kekuatan dan kecekalan kepada seorang hambaNya untuk terus membangunkan madrasah itu. Alhamdulillah. Itulah janji Allah. Dia beri kita sedikit susah hujan sebab Dia nak bagi kita pelangi. 

Semoga kita sama-sama diberi peluang dan kekuatan untuk terus dapat berkhidmat ke jalan Allah.
Figure 2: Surah Al-Anbiya': ayat 87 (Doa Nabi yunus)









No comments:

Post a Comment